Sunday, December 12, 2010

perkhidmatan awam di malaysia "perbalahan gred gaji"

melihat kepada tajuk di atas, memang acap kali kita dengar..terutamanya yg membabitkan mereka yg bergelar pendidik...ada aje kita dgr tentang gaji mereka yg dikatakan tidak setimpal dengan tugas mereka...tidak cukup dengan aduan melalui kesatuan perguruan, ditambah pula dengan aduan di dlm media bertulis...boleh katakan hari2 aku baca pasal menda ni...aku x nafikan ada guru yg betul2 komited dlm tugas mereka, tanpa mengahrapakan ganjaran walaupun mereka layak utk mendapatkannya..yg aku nak cakap kat sini adalah mengenai segelintir guru....ada mereka berpendapat, apabila sambung belajar maka hilang kekanan atau senioriti mereka....aku pown kurg arif mengenai hal ini...mungkin ada mereka2 yg arif utk menjawap soalan ini...

satu perkara yg menarik perhatian aku adalah mengenai gred gaji pensyarah IPTA...aku kira tidak ramai yg terdedah mengenai gred gaji pensyarah ini...yg mereka tahu adalah mengenai gred gaji guru...mana taknye, setiap kali aduan di tulis dlm akhbar, siap letak tangga gaji dgn gred lg...apa yg aku perhatikan sbg pelajar IPTA, pensyarah beban kerja mereka bole dikatakan lebih banyak berbanding guru sekolah yang paling 'sibuk'..mana x nye, nak mengajar lg, buat kertas soalan, jadi felo, buat research, tulis buku, smbung belajar...mana2 yg dilantik sebagai penasihat or konsultan di agensi kerajaan, lg la bertambah kerja nye...aku nak ajukan soalan di sini, adakah mereka WELL PAID? ramai yg assume bahawa gaji mereka sudah tentu mengalahkan gaji guru..tapi pada hakikatnye tidak...malah pada sesetengah gred, gred guru mengatasi gred pensyarah...sebagai contoh gaji guru yg bergred DG54 bagi tangga gaji P1T1 ialah RM 4423.60 manakala pada akhir gaji akhir gred ini iaitu P2T8 pula adalah RM 6381.20...guru pada gred ini adalah terdiri daripada pengetua cemerlang atau timbalan pengarah pelajaran negeri....

seterusnya mari kita lihat gaji pensyarah pada gred 54 atau dipanggil DS54(professor madya)...tangga gaji permulaan P1T1 bg gred DS54 adalah RM 4210.46 dan bgi tangga akhir gred ini, P2T10 ialah RM 6476.78..dapat diperhatikan gred DS54(pensyarah) hanya lebih sedikit sahaja berbanding dgn DG54(guru)...tetapi pensyarah pada tahap ini terlalu jarang diberikan jawatan pentadbiran...paling2 pown sebagai ketua pusat tanggungjawab(PTJ) atau dekan...tetapi guru pada gred yg sama berpeluang menjadi pengetua, atau pengarah JPN jika bernasib baik...anda bole bayangkan sendiri situasi ini bagaimana...perbandingan yg aku lakukan ini hanya utk gred tertinggi dlm perkhidmatan masing2 sebelum memasuki  gred JUSA(jawatan utama sektor awam)...dengan bebanan kerja pensyarah yg tentunya lebih tinggi, berbaloi ke ganjaran utk mereka dengan gred gaji seperi ini...

ditambah pula dengan ura-ura kerajaan utk memanggil professional malaysia di luar negara pulang, aku x fikir mereka mahu dengan gred gaji yg sebegini...NOT  A CHANCE!

Tuesday, December 7, 2010

25 perkara mengenai diri saya ^_^

HAHA! aku ingat aku xkne buat menda alah kat atas...sekali kena daaa....ni sume keje si fifi yg gatal2 tgn tag aku..hanjjj!! memandangkan aku ni insan yg biase2 aje n xda apa yg disorok, aku akan buat gak menda ni HAHA!

1) nama penuh aku MUSTAFA AKMAL BIN KAMARUZAMAN....panggil mus aje...profile FB pown nama penuh aku..jgn panggil aku akmal, aku x suka...

2) berasal dari pekan bandar diraja, pahang darul makmur...

3) sekarang aku berada di dalam semester 3, ijazah sarjana muda sastera, major sastera inggeris, minor antropologi, universiti malaya..

4) berusia 21 tahun....

5) aku ada sorg adik perempuan, skang study kat UITM..

6) penyokong setia liverpool football club...berhajat utk menjejakkan kaki ke Anfiield sebelum aku menutup mata..

7) seorang yg ceria dan gila-gila....nak kenal, add FB aju ye..

8) buat masa sekarang, aku tidak mencintai dan dicintai, tidak memiliki dan dimiliki....mau relax dan enjoy dulu....

9) aku tidak CEREWET...makan apa sahaja....bertuah sapa yg kawin dgn aku ni....

10) dahulu, aku pernah dilabelkan sebagai panas baran...cepat marah...tp skang dah kurang..menurut kwn2 aku la..

11) pantang besar bagi aku org yg lambat dan mungkir janji....rase menyirap and nak bunuh org jek HAHA!

12) aku berkawan dgn sesiapa sahaja...asalkan org itu mahu berkawan dengan aku...

13) sukakan falsafah..terutamanya mengenai cinta dan kehidupan....

14) dalam hidup ni, aku x kaya dan tidak berkuasa tidak mengapa...asalkan aku banyak belajar dari hidup dan pengalaman...pengalaman adalah guru terbaik kehidupan....

15) aku sederhana dalam bab artis-artis atau hiburan ini...lebih meminati hasil seni barat..

16) aku menghargai kawan-kawan yg menghargai diri ini...tp itu bukan syarat aku dlm bersahabat...terpulang kpd mereka bagaimana anggapan mereka terhadap aku...aku berusaha menjadi kwn yg sehabis baik...

17) luahan hati mengenai FB-jgn jadikan FB medan peperangan..ada berani kita jmpe kat luar...

18) pandangan aku mengenai politik adalah sederhana...tiada satu pown yg meraih sokongan aku...

19) impian aku adalah menjadi penulis kreatif...insyallah....

20) bertuah kerana dilahirkan di bumi malaysia....kalo kat tempat lain x taw la..

21) hobi aku memancing...

22) jangan suruh aku buat menda yg bukan2...aku xsuka....

23) sayangkan tanah tumpah darah ku, pekan...akan ku curahkan bakti ku di sana suatu hari nanti....

24) hidup ini lebih indah kalau tiada hasad dengki dan persengketaan....

25) yg terakhir....biarlah aku bahagiakan keluargaku, saudara maraku dan sahabatku dahulu sebelum aku mencari kebahagiaan utk diri aku sendiri....jika diizinkan ALLAH, pasti aku akan menemui bahagia suatu hari nty...insyALLAH...


dah habis pown....kwn2 sekalian, baca la ye..jgn segan2....peace! :D

Sunday, December 5, 2010

berhujung minggu di kajang dan kawasan yg sewaktu dengannya =)

pada hari jumaat yg lepas, aku meninggalkan lembah pantai tercinta ini utk mencari angin baru...bukan apa, masak siot duk kolej...hari2 study mau tepu otak aku...so aku pown meroger kazen tercinta, abg feizal dgn hajat utk memancing bersama beliau...dye pown bersetuju lalu lepas keje, dye amik aku kat kolej...destinasi? kajang perdana, rumah pak teh aku..sampai2 je(kul 7.30, jammed mcm haram), aku dijamu dengan nasik dan segala mcm lauk kg HAHA! puas siot mkn, mak teh plak handal memasak..pas2 lepak jap..agenda mlm tersebut adalah sate kajang dan memancing...so pas isyak aku pown menuju ke dataran sate, utk belasah sate..bukan sate haji samuri ye...sate dye bg aku kurg umphh..ni lain pnye sate...kuah nya ada 2 jenis, satu guna kaca rebus satu lg guna kacang goreng..aku amik kuah guna kacang tanah rebus...kacang dye lg lembut n x lekat kat celah gigi..sate dye pown tip top...lepas melantak, aku pown menuju ke cheras utk pick up kwn kazen aku td utk sama2 memancing....lokasi pilihan? pusat memancing tangguk-tangguk, semenyih...semua sekali ada 5 org, lg 3 org adalah rakan sepejabat kazen ku...ini adalah pay pond, so kne bayar la..rm30 utk 4 jam...so pancingan pown bermula...pemancing ni x sah kalo x diselangi dgn kutuk mengutuk dan bahan membahan HAHA! aku senyap jek, hormat org tua hehehe...tp mungkin xda rezeki, pancingan mlm itu hanya menghasilkan 2 ekor belida,...hasil pancingan encik zam, bos kazen aku td..xpela...xda rezeki hehehe...pancingan ditamatkan pada pukul 2.30 pagi dan kami pown balik..

keesokkan harinya, aku dan abg feizal memancing lg sekali..kali ni lokasinya adalah dengkil...tp kali ni kami naik dgn pak teh sbb tempat memancing tuh hanyalah sebuah kolam terbiar dan ownernya pula adalah kawan pak teh aku...nak2 plak anak dye naj bertunang..so mmg mkn free dan mancing pown free HAHA! selepas mkn, pak teh aku dan rombongan tunang td bergerak ke rumah pihak pengantin perempuan utk meneruskan agenda..aku dgn abg feizal apa lg, bawak kuar batang pancing dan terus serang kolam tuh...minggu lepas kazen ku ni dapat ikan rohu, guna umpan perut ayam rebus..tp kali ni xda perut ayam, ada dedak dgn roti jek...xpela...layan jela kan hehehe...seperi juga smlm, pancingan hari ni xda apa2..ini aku panggil sebagai kumpau..istilah pemancing yg pulang dengan tangan kosong hehehe...so begitula cerita aku di hujung minggu ni..seronok!

Monday, November 29, 2010

relationship destroy friendship VS friendship destroy relationship??

tajuk di atas seperti selalu kita dgr...tapi kita x pernah nak amik pusing...sbb apa? sbb kita belum pernah or tidak pernah menjadi watak dlm situasi di atas....aku mendapat ilham utk menulis ni dari adik angkat aku(perempuan), yg kebetulan mengalami masalah ini...lg pown aku mmg dah lama nak tulis sal ni...baru skang dpat idea...adik angkat aku ni khuatir yg percintaan rakan karib nya akan merenggangkan persahabatan dye dan sahabatnya itu...aku sebagai abang yg prihatin(prihatin la sgt kan) berusaha utk menenangkan dye...tetapi aku x nafikan, menda ni mmg btol2 berlaku...2 org insan yg dahulunya bersahabat baik kini renggang..sbb salah seorang darinya bercinta, sekaligus menyebabkan masa bersama tidak lg sekerap dahulu...yela dah ada buah hati...kene jaga hati pasangan...kang kecik hati, sampai ke sudah nak memujuk...tapi bagaimana pula dgn rakan karib td? yg sentiasa bersama2 x kira di mana sahaja...tidakkah hatinya juga perlu dijaga...tepuk dada tanya selera....xkan lah semata-mata bercinta, kawan yg dahulunya melalui susah senang bersama di abaikan...tidakkah kejam itu? aku mintak maaf kalo ada dalam kalangan korg yg terasa dgn tulisan aku ni...tp aku rase byk org dah tulis sal menda ni dan aku pown merasakan wajib bg aku menulis sal ni...ya, aku x nafikan...semua org pown bahagia kalo bercinta...tetapi sebelum bercinta, mst ada sekumpulan rakan or kawan yg benar2 rapat dgn kita...xkan apabila bercinta, terus persahabatan itu menjadi renggang...itu belum termasuk lg kes terpaksa menjaga hati pasangan...yg banyak sgt cekadak dan syaratnya, xbole berkawan dgn certain2 org or whatsoever....kalo aku, aku tampar je...belum kahwin tp dah letak mcm2 syarat...xpe..lupakan sal tuh.....

sekurang2nya, spend lah sedikit masa dgn kwn2 yg sentiasa ada bersama-sama kita...kwn2 pown pastinya akan mendoakan kebahagiaan kita..lalu, apa salahnya kalo kita anggap dorg sebagai org yg penting dlm hidup kita..x luak pown cinta tuh...pandai2 la bahagikan masa antara kekasih dan sahabat..jgn sampai ada masalah besar baru nak cari kwn...kalo aku yg jd kawan tuh, aku maki dulu!

sekarang, friendship destroy relationship...menda ni pown selalu gak terjadi....tp ni lain plak...ini lah kes yg kita panggil lebih sudu dari kuah..kwn2 plak yg memandai dlm percintaan sahabat dorg.....selalunya akan terjadi apabila ada rakan yg menghasut supaya percintaan diputuskan atas sekian alasan...yg paling femes, 'dye x sswai dgn kau, dulu jahat gler', 'dye mana sepadan dgn kau, kau lawa, dye mcm badak air', 'dye tuh suka melayan lelaki, kalo kau buat dye marah, mst dye layan lelaki lain;...ha itu antara alasan yg best digunakan oleh makhluk2 ni utk menjahanamkan kebahagiaan org lain...mmg golongan spt ini tidak bole melihat org lain senang atau bahagia..ada je idea dye nak pedajalkan org...mereka merasakan bahawa mereka yg perlu diutamakan...sedarlah wahai manuisa, kwn kau tuh nak jugak rase bahagia...sampai ble nak ikot telunjuk kau....

so kepada kwn2 ku semua, jglah jd sperti di atas...bertimbang rasalah..baik ketika berkawan mahupun bercinta...kalo kita sedar diri dan saling hormat menghormati, nescaya percintaan bahagia dan persahabatan pown aman....

Sunday, November 28, 2010

bercinta, mencintai dan dicintai....

ya, tajuk di atas seperti tidak kena dgn aku yg rockers dan macho ni...tp setiap org mst mempunyai perasaan spt itu...aku hanya manusia biasa HAHAHA :D...yup, aku x nafikan....aku pernah bercinta...dan percintaan itu bukannya sekejap...3 tahun....tetapi kecundang di tgh jalan...mungkin aku yg silap, mungkin dye...tetapi aku redha...sudah ditetapkan bahawa cinta itu hayatnya tidak panjang...aku bersyukur...aku pernah dikurniakan rasa cinta...aku bahagia ketika bercinta...tetapi apabila takdir memainkan peranan, aku terlalu kecil utk menghalangnya...tetapi utk menyambung kembali cinta itu, aku rase itu tidak mungkin...biarlah cinta itu menjadi suatu kenangan yg manis dlm hidup aku...kalaupun ia terjalin kembali, manisnya tidak akan sama seperti dahulu..alhamdulilah, perpisahan yg aku lalui adalah perpisahan yg aman, tiada sengketa, tiada bermasam muka...bahkan aku bersyukur...ada perpisahan seburuk2 perpisahan...2 jiwa yg dahulunya satu kini menjadi musuh...2 hati yg dahulunya ingin sehidup semati, kini saling memaki-maki...aku dan dye masih lagi mengekalkan hubungan sbg sahabat, seperti mana sebelum bercinta...ya, aku sedih dgn perpisahan ini...tetapi sampai ble harus aku bawa kesedihan itu...aku punya hidup dan cita-cita yg ingin diteruskan...ramai rakan2 yg menyuruh aku mencari pengganti...tapi aku belum bersedia...rasanya lebih baik aku bersendirian....masanya pasti akan tiba utk aku kembali bercinta, tetapi bukan sekarang...malah aku bahagia melihat kawan2 aku bahagia bersama pasangan masing2..kadang-kala cemburu tapi utk apa perlu dicemburukan kebahagiaan org lain.....aku berdoa agar mereka terus bahagia selama-lamanya...kerana cinta bg aku adalah sesuatu yg diperjuangkan..sesuatu yg akan sampai ble2 pown membezakan manusia yg jahat dan baik...hargailah cinta..kadang-kadang cinta akan dilalui berkali-kali dlm hidup...tetapi cinta yg suci hanya akan dtg sekali sahaja...pastikan cinta itu digenggam dan disimpan tanpa terlepas...cinta sejati tidak akan selalu berakhir dgn lafaz suci yg menyatukan 2 hati...kadang2 ia pergi meninggalkan kita...panjatkan rasa bersyukur walaupun setelah cinta itu pergi..kerana dgn cinta sejati itu, kita memahami erti bercinta, mencintai dan dicintai......

Friday, November 26, 2010

exam ohh exam :D

apa kabar semua!! harini hari jumaat, dah 3 hari aku kembali ke lembah pantai untuk menduduki exam...apa ke hal nye? org lain dah abes exam aku baru nak stat exam HAHAHA! apa bole buat...paper aku telah dimulakan pada pagi td, dengan kesusasteraan augustan...boleh la..xda la senang sgt xda la susah sgt...bole jwap dgn baik...1st time amik exam kat DTC, menggigil aku dlm tuh HAHA! paper aku sume stat pukul 8.30, jammed! insyallah aku akan abes exam pada 9 hb 12....ttd pas exam lepak dgn marwan and khalid kat kolej 9, mkan kat c2...bole than sedap....so ini jelah coretan aku kali ni...nak stdy plak..next week ada 2 paper...bye2!

Thursday, November 18, 2010

raya korban di Pekan :D

alhamdulilah, semalam bersamaan 10 zulhijjah 1431 hijrah, umat islam selamat meraikan aidiladha....aku juga tidak terkecuali di kg halaman tercinta HAHA! selepas semayang sunat raya, aku lepak mkn kat rumah jap,....lapar....kg aku menerima sumbangan 2 ekor lembu utk dikorbankan....lembu itu dibiarkan lepak di kawasan rumah ketua kampung sehari sebelum raya HAHA! dgr kabarnya nak dapat unta tapi sampai kesudah x nampak bonggolnya HAHAHA! dan aku pown pg lah ke rumah ketua kg utk menyaksikan korban dan melapah lembu tuh....kat bawah ni aku letak sedikit gambar lembu2 tersebut hehehe..
ngeri x? HAHA
sebelum :D
ketika :D

selepas :D

Friday, November 12, 2010

liverpool dan jalan lama kuantan-KL? ada kaitan ke? HAHA!

HAHA mengenai tajuk di atas, ya aku adalah peyokong liverpool...a proud supporter of the best football club in england....bukan MU bkn chelsea  HAHA! aku akui, semenjak akhir musim lepas dan awal musim ni, prestasi liverpool bukanlah pada tahap yg membanggakan...pemergian 2 org midfielder iaitu xabi alonso dan javier mascherano dikatakan menjadi punca utama....akhir musim lalu juga menyaksikan pemergian coach rafa benitez ke inter milan...terima kasih rafa..jasa anda tetap besar kepada the kop...trofi champions league yg kelima dan juga piala FA pd tahun 2006...beliau kini digantikan oleh bekas manager fulham iaitu roy hodgson atau lebih glamer dgn panggilan atok roy...beberapa pemain baru juga masuk ke liverpool..antaranya joe cole, raul meireles, milan jovanovich dan christian poulsen..kesemua mereka adalah midfield...nampak kesungguhan liverpool utk mengisi kekosongan yg ditinggalkan oleh alonso dan mascherano...apa pown, prestasi liverpool telah meningkat kebelakangan ini dgn yg terbaru, kemenangan 2-0 ke atas pendahulu liga, chelsea...goal dijaringkan oleh EL NINO fernando torres....jalan lama kuantan-kl? apa kaitan ye? HAHA! sebenarnye aku saje je letak..act ari selasa lepas aku telah ke jengka utk mengambil adik aku kat UITM...so aku  pown pg la dgn abah aku...kami lalu jln lama...sepanjang perjalanan, aku perhatikan jalan ini xda perubahan pown, sama sahaja ketika aku kali terkahir melaluinya, 7 tahun lepas..maybe sebab adanya LPT maka jalan ini semakin dilupakan..entahlah...dulu utk ke KL mengambil masa hampir 5 jam...kini dgn adanya LPT, utk ke KL hanya ambil masa 2 jam setengah jek...hmm...dunia semakin maju....itu sahajalah coretan aku kali ni..ngantuk le..nak tdow...zzzZZZZZZZzzzzz....

Friday, November 5, 2010

aku, pekan, pilihanraya??HAHA

semalam adalah tarikh bagi pilihanraya kecil bagi kawasan galas di kelantan dan batu sapi di sandakan sabah...keputusannya, BN menang di kedua-dua kawasan...tahniah diucapkan....aku pown tidak berminat nak ckap byk tp kali ni, aku nak ulas ckit pasal pilihanraya ni....nilai lah tulisan aku ni dgn akal, bkn dgn perasaan k...ok bg aku apabila pilihanraya kecil, tumpuan hanya diberikan di kawasan pilihanraya, tidak seperti pilihanraya umum...sebagai contoh di kelantan, dahulu pernah berlaku PRK di kawasan permatang pasir(sila betolkan kalo aku salah),BN menang...tetapi apabila pilihanraya umum, PAS menang...apa yg aku nak katakan di sini, apabila PRK, BN mampu mengerahkan kesemua jentera dan sumbernya ke kawasan pilihanraya....bak kata eksterimist pembangkang 'tabur duit'....tetapi apabila tiba PRU, nescaya BN akan kalah di kawasan itu...malah mereka yg neutral pown akan mengatakan bahawa apabila pilihanraya berlaku, BN akan memonopoli segala2nya...siaran TV, liputan akhbar dan sebagainya...hampir tiada ruang bg pembangkang untuk muncul di dalam media arus perdana....aku bukanlah penyokong pembangkang, bukan juga penyokong kerajaan...tetapi bg ku, tidak salah sekiranya kempen pilihanraya disiarkan secara adil di dalam media arus perdana...dan rakyat akan dapat menilai siapa yg paling layak menjadi wakil mereka....satu lg contoh terbaik fenomena ini, pilihanraya kecil ijok di kawassan selangor...tan sri khalid ibrahim kalah tetapi apabila tiba PRU, beliau menang, dgn majoriti yg lebih besar lg....begitu juga di sabah, mmg sabah adalah kawasan stronghold BN...pembangkang mmg susah cari mkn kat sana....sbb itu tidak ramai pemimpin BN ke sana, kemenangan sudah pasti dlm tgn..apa yg penting, rampas galas...di batu sapi, faktor calon memang memainkan peranan...dan BN bertindak bijak dgn meletakkan balu mendiang datuk edmund, datin linda tsen..beberapa penganalisa politik mengatakan bahawa faktor undi simpati akan memainkan peranan di sini...dan ramalan mereka benar, datin linda menang dgn majoriti lebih baik berbanding mendiang suaminya...tetapi beliau ada satu kelemahan...beliau tidak boleh berbahasa melayu....beliau berasal dari filipina...bagaimana beliau hendak ke parlimen? parlimen adalah suatu institusi yg ekstrem berbahasa melayu...adakah beliau akan berdiam diri sahaja? aku pown xtaw nak ckap sal ni...pada pendapat aku, tidak mustahil BN akan tumbang di PRU akan dtg kalo budaya skang masih lg diteruskan...pembangkang adalah check and balance kerajaan tetapi pembangkang yang baik akan tetap menyokong usaha kerajaan yg baik...bukan membangkang membabi buta...peace...dari aku yg serba kurg dlm segala segi....aku bukan pembangkang mahupun penyokong kerajaan....hanya pemerhati aje...mengundi pown blom bole daa!! HAHAHA

Monday, November 1, 2010

aku di kampung..........

harini menandakan hari ketiga aku di kampung halaman, pekan pahang.....seperi biase, rasa bahagia and hepi dpat balik kg tu x hilang lg HAHAHA....aku dah berjalan ke sana ke mari....tp sayang...tiada sorang pown kwn2 aku yg balik time aku ada kat kg ni...nak wat camne...cuti x sama kan...ingat sekolah ke hapa HAHAHA...x sampai seminggu tinggalkan lembah pantai, dah mcm2 hal berlaku...yg terbaru, YDP MPMUM saudara khairul anuar difitnah di dalam malaysiakini...dari apa yg aku paham, satu artikel yg didakwa sebagai tulisan khairul anwar telah disiarkan di dlm website popular itu..artikel itu memaparkan bagaimana khairul anwar dan pimpinan MPMUM menyokong saranan PM utk menjadikan malaysia sebagai hub hiburan...artikel itu terbukti bukan tulisan beliau dan laporan polis telah pown dibuat...entahlah...aku malas nak ckap pape...politik kampus ni x kemana.....biarlah mereka yg arif berpolitik...terus terang, aku tidak arif di dalam politik...esok hari selasa...aku merancang utk melawat kantin tempat aku bekerja dahulu....lepak2 kat c2, mengembalikan kenangan aku ketika bekerja di situ...sungguh, walaupun gajiku tidak seberapa, aku gembira bkerja di situ,,,hatiku aman dan tenteram..mungkin aku dikelilingi dgn org-org yg sama dgn aku, sentiasa ceria....lagipun kantin itu terletak di sekolah lama ku, dan masih ada lagi cikgu2 yg ku kenal mengajar di situ...sudah pasti aku akan berborak dengan mereka...erm itu sahajalah entri ku utk kali ni..xlarat dah..mata aku dah rabak HAHA...pkul 1.05 pagi, Pekan....

Sunday, October 31, 2010

tan sri P.Ramlee di history channel....

aku taw, entri ni lebih kurg sejam setengah sebelum disiarkan....tpi nak ckap gak HAHA.....dari aku kecik lg, aku suka dgn setiap karya p.ramlee....ntah napa, aku akan melekat kat tv utk tgk movie dye walaupun dah berpuluh kali aku tgk...aku ase xpnah jemu....xpnah bosan....dan yg pasti, byk moral yg bole kita perolehi dari cte2 dye....setiap org pasti mempunyai cerita p.ramlee faveret mereka...aku pown ada...dan bg aku filem dye yg paling meninggalkan kesan adalah ibu mertuaku....bg aku, filem ini wajar diangkat sebagai filem melayu terbaik sepanjang zaman...bukan kerana ia diarah, dilakonkan oleh p,ramlee...tetapi kerana filem itu sendiri...filem ini bg aku akan sentiasa relevan sampai ble2...bayangkan seorang lelaki yg begitu setia dgn cinta....tidak pernah seumur hidupku aku berjmpe lelaki sebegitu, walaupun ia hanyalah fiksyen....dan bagaimana kasim selamat sanggup membutakan matanya kerana tidak sanggup melihat isterinya yg disangkakan telah mati hidup bahagia dgn org lain...dan filem ini juga bg aku mempunyai dialog yg terbaik...begitu mendalam bahasa dan tingginya makna skrip dan dialog ketika itu...begitu juga dgn lagu2 karya allahyarham....p.ramlee menghasilkan lebih dari 1000 buah lagu....dan bg aku lagu terbaik beliau adalah di mana kan ku cari ganti....lirik lagu ni sungguh mendalam dan mengesankan...dan bg aku bait ini adalah part yang paling menyedihkan "dimana kan ku cari ganti, mungkinkah di syurga"....segala perasaan p.ramlee boleh digambarkan dalam bait lagu ni....P.Ramlee bg aku adalah ikon industry seni malaysia..dan bodohlah sekiranya ada manusia yg menafikan keunggulan beliau.....bg aku, beliau tiada pengganti...kalo ada pown, aku sudah pasti menutup mata ketika itu...bg aku, kehebatan P.Ramlee cukup untuk digambarkan dalam 2 perkataan ini...SIMPLY IRREPLACEABLE...AL-FATIHAH....

Friday, October 29, 2010

petang terakhirku di lembah pantai....

sudah jumaat pown hari ni...maka mengikut apa yang aku paham, sok aku nak balik HAHAHA...sem yg sungguh panjang...bukan apa, subjek byk jek hehehe...7 kot...mmg masak aku sem ni...byk gler keje...tp stil bole manage...tp aku masih lagi xbole nak buang tabiat keje last minit...walaupun dah kurang berbanding 1st year, tp aku nak buang terus tabiat ni....letih woo! so memandangkan aku dah seminggu lebih duk sorg2 dlm blik(roomate aku lepak umah, mentang2 umah dekat, biadab btol) so terpaksalah aku kemas blik, buang sampah segala bagai sorg2...penat woo...tp xpela...xkan aku nak biar blik aku cam tongkang pecah....sok insyallah aku akan bertolak pulang ke bandar diraja pekan pahang darul makmur dengan nadia, kwn baik aku(kwn baik time nak balik kg je, bole tumpang myvi dye HAHA) sowi aimiey, jgn marah, gurau2 jek HAHA...so inilah entri ku yg terakhir di lembah pantai utk sem ni...jmpe lg di semester hadapan! astalavista baby!

Thursday, October 28, 2010

apa dah jadi dgn biniku?

HAHA jgn salah paham plak dgn nama entri di atas....maksud aku adalah laptop aku....aku xpham apa yg dah jd dgn dye...mcm kne virus la plak...aku malas nak pening2 kepala..aku panggil sorg kwn aku mnx tlg tgk apa yg patot....katanye mmg kne virus x perlu format...pehhh...aku lega gler ble dye ckap cam2...mana x nye...kalo kne format kuar ag duit...dah la stdy kat university of money..paham2 la kan....adoi...akhirnye masalah berjaya diselesaikan....aku terpaksa mengorbankan semua file dlm 2 pendrive aku....xpela..janjy lappy aku selamat HAHA...mst korg sume pnah ada masalah camni kan?? bese la tuh...sometimes, shit happen...xg2?

Wednesday, October 27, 2010

semester yg sudah sampai ke penghujungnya...yahoo!

soooooooo..............sem dah nak abes....tinggal 2 ari lg....n then cuti stdy break yg ckit pnye lama sampai hujung bulan 11....aku pown tertanye2 daa....apa je hal lama bebenor cutinye? ada can fail exam nty...adoi...tp nak wat camne...kita yg membayar yuran ni terpaksalah ikot...bg aku, so far inilah sem yg paling panjang..byangkan, bebudak U lain dah abes exam, kita baru nak stat...aku siap kena nganjing awal2 lg dgn member aku...sabo jela yeob...berbalik kepada penghujung sem ni..sabtu ni aku nak balik kg...ke pekan pahang...lama gler xbalik! last balik masa cuti raya...kemungkinan besar akan lepak di pekan sampai 22hb nov(nak tggu kwn2 aku dari u lain balik)....mak aku pown bole bsing sbb stdy week lama sgt...anak jiran aku dah cuti pown masa tuh...apa boleh buat mak, taik kambing bulat HAHA...adik aku pown dah cuti time tuh...xpela....just enjoy jela masa kat umah nty...x g2 tuan2 dan puan2??

berjinak-dengan dunia blog ^_^

salam sahabat2 sekalian! ini adalah post pertama aku di dlm dunia blog ini...ingin sekali aku tekankan bahawa blog ku ini tidak bermotifkan apa-apa, hanya sekadar coretan dan lukisan firasat hati dan buah fikiran yang aku ingin kongsikan dengan sesiapa sahaja...sekiranya sudi, follow la blog aku ni....sekian....dari aku yg biase2 aje..MUSTAFA AKMAL BIN KAMARUZAMAN...