Friday, November 5, 2010

aku, pekan, pilihanraya??HAHA

semalam adalah tarikh bagi pilihanraya kecil bagi kawasan galas di kelantan dan batu sapi di sandakan sabah...keputusannya, BN menang di kedua-dua kawasan...tahniah diucapkan....aku pown tidak berminat nak ckap byk tp kali ni, aku nak ulas ckit pasal pilihanraya ni....nilai lah tulisan aku ni dgn akal, bkn dgn perasaan k...ok bg aku apabila pilihanraya kecil, tumpuan hanya diberikan di kawasan pilihanraya, tidak seperti pilihanraya umum...sebagai contoh di kelantan, dahulu pernah berlaku PRK di kawasan permatang pasir(sila betolkan kalo aku salah),BN menang...tetapi apabila pilihanraya umum, PAS menang...apa yg aku nak katakan di sini, apabila PRK, BN mampu mengerahkan kesemua jentera dan sumbernya ke kawasan pilihanraya....bak kata eksterimist pembangkang 'tabur duit'....tetapi apabila tiba PRU, nescaya BN akan kalah di kawasan itu...malah mereka yg neutral pown akan mengatakan bahawa apabila pilihanraya berlaku, BN akan memonopoli segala2nya...siaran TV, liputan akhbar dan sebagainya...hampir tiada ruang bg pembangkang untuk muncul di dalam media arus perdana....aku bukanlah penyokong pembangkang, bukan juga penyokong kerajaan...tetapi bg ku, tidak salah sekiranya kempen pilihanraya disiarkan secara adil di dalam media arus perdana...dan rakyat akan dapat menilai siapa yg paling layak menjadi wakil mereka....satu lg contoh terbaik fenomena ini, pilihanraya kecil ijok di kawassan selangor...tan sri khalid ibrahim kalah tetapi apabila tiba PRU, beliau menang, dgn majoriti yg lebih besar lg....begitu juga di sabah, mmg sabah adalah kawasan stronghold BN...pembangkang mmg susah cari mkn kat sana....sbb itu tidak ramai pemimpin BN ke sana, kemenangan sudah pasti dlm tgn..apa yg penting, rampas galas...di batu sapi, faktor calon memang memainkan peranan...dan BN bertindak bijak dgn meletakkan balu mendiang datuk edmund, datin linda tsen..beberapa penganalisa politik mengatakan bahawa faktor undi simpati akan memainkan peranan di sini...dan ramalan mereka benar, datin linda menang dgn majoriti lebih baik berbanding mendiang suaminya...tetapi beliau ada satu kelemahan...beliau tidak boleh berbahasa melayu....beliau berasal dari filipina...bagaimana beliau hendak ke parlimen? parlimen adalah suatu institusi yg ekstrem berbahasa melayu...adakah beliau akan berdiam diri sahaja? aku pown xtaw nak ckap sal ni...pada pendapat aku, tidak mustahil BN akan tumbang di PRU akan dtg kalo budaya skang masih lg diteruskan...pembangkang adalah check and balance kerajaan tetapi pembangkang yang baik akan tetap menyokong usaha kerajaan yg baik...bukan membangkang membabi buta...peace...dari aku yg serba kurg dlm segala segi....aku bukan pembangkang mahupun penyokong kerajaan....hanya pemerhati aje...mengundi pown blom bole daa!! HAHAHA

No comments:

Post a Comment