Sunday, December 12, 2010

perkhidmatan awam di malaysia "perbalahan gred gaji"

melihat kepada tajuk di atas, memang acap kali kita dengar..terutamanya yg membabitkan mereka yg bergelar pendidik...ada aje kita dgr tentang gaji mereka yg dikatakan tidak setimpal dengan tugas mereka...tidak cukup dengan aduan melalui kesatuan perguruan, ditambah pula dengan aduan di dlm media bertulis...boleh katakan hari2 aku baca pasal menda ni...aku x nafikan ada guru yg betul2 komited dlm tugas mereka, tanpa mengahrapakan ganjaran walaupun mereka layak utk mendapatkannya..yg aku nak cakap kat sini adalah mengenai segelintir guru....ada mereka berpendapat, apabila sambung belajar maka hilang kekanan atau senioriti mereka....aku pown kurg arif mengenai hal ini...mungkin ada mereka2 yg arif utk menjawap soalan ini...

satu perkara yg menarik perhatian aku adalah mengenai gred gaji pensyarah IPTA...aku kira tidak ramai yg terdedah mengenai gred gaji pensyarah ini...yg mereka tahu adalah mengenai gred gaji guru...mana taknye, setiap kali aduan di tulis dlm akhbar, siap letak tangga gaji dgn gred lg...apa yg aku perhatikan sbg pelajar IPTA, pensyarah beban kerja mereka bole dikatakan lebih banyak berbanding guru sekolah yang paling 'sibuk'..mana x nye, nak mengajar lg, buat kertas soalan, jadi felo, buat research, tulis buku, smbung belajar...mana2 yg dilantik sebagai penasihat or konsultan di agensi kerajaan, lg la bertambah kerja nye...aku nak ajukan soalan di sini, adakah mereka WELL PAID? ramai yg assume bahawa gaji mereka sudah tentu mengalahkan gaji guru..tapi pada hakikatnye tidak...malah pada sesetengah gred, gred guru mengatasi gred pensyarah...sebagai contoh gaji guru yg bergred DG54 bagi tangga gaji P1T1 ialah RM 4423.60 manakala pada akhir gaji akhir gred ini iaitu P2T8 pula adalah RM 6381.20...guru pada gred ini adalah terdiri daripada pengetua cemerlang atau timbalan pengarah pelajaran negeri....

seterusnya mari kita lihat gaji pensyarah pada gred 54 atau dipanggil DS54(professor madya)...tangga gaji permulaan P1T1 bg gred DS54 adalah RM 4210.46 dan bgi tangga akhir gred ini, P2T10 ialah RM 6476.78..dapat diperhatikan gred DS54(pensyarah) hanya lebih sedikit sahaja berbanding dgn DG54(guru)...tetapi pensyarah pada tahap ini terlalu jarang diberikan jawatan pentadbiran...paling2 pown sebagai ketua pusat tanggungjawab(PTJ) atau dekan...tetapi guru pada gred yg sama berpeluang menjadi pengetua, atau pengarah JPN jika bernasib baik...anda bole bayangkan sendiri situasi ini bagaimana...perbandingan yg aku lakukan ini hanya utk gred tertinggi dlm perkhidmatan masing2 sebelum memasuki  gred JUSA(jawatan utama sektor awam)...dengan bebanan kerja pensyarah yg tentunya lebih tinggi, berbaloi ke ganjaran utk mereka dengan gred gaji seperi ini...

ditambah pula dengan ura-ura kerajaan utk memanggil professional malaysia di luar negara pulang, aku x fikir mereka mahu dengan gred gaji yg sebegini...NOT  A CHANCE!

Tuesday, December 7, 2010

25 perkara mengenai diri saya ^_^

HAHA! aku ingat aku xkne buat menda alah kat atas...sekali kena daaa....ni sume keje si fifi yg gatal2 tgn tag aku..hanjjj!! memandangkan aku ni insan yg biase2 aje n xda apa yg disorok, aku akan buat gak menda ni HAHA!

1) nama penuh aku MUSTAFA AKMAL BIN KAMARUZAMAN....panggil mus aje...profile FB pown nama penuh aku..jgn panggil aku akmal, aku x suka...

2) berasal dari pekan bandar diraja, pahang darul makmur...

3) sekarang aku berada di dalam semester 3, ijazah sarjana muda sastera, major sastera inggeris, minor antropologi, universiti malaya..

4) berusia 21 tahun....

5) aku ada sorg adik perempuan, skang study kat UITM..

6) penyokong setia liverpool football club...berhajat utk menjejakkan kaki ke Anfiield sebelum aku menutup mata..

7) seorang yg ceria dan gila-gila....nak kenal, add FB aju ye..

8) buat masa sekarang, aku tidak mencintai dan dicintai, tidak memiliki dan dimiliki....mau relax dan enjoy dulu....

9) aku tidak CEREWET...makan apa sahaja....bertuah sapa yg kawin dgn aku ni....

10) dahulu, aku pernah dilabelkan sebagai panas baran...cepat marah...tp skang dah kurang..menurut kwn2 aku la..

11) pantang besar bagi aku org yg lambat dan mungkir janji....rase menyirap and nak bunuh org jek HAHA!

12) aku berkawan dgn sesiapa sahaja...asalkan org itu mahu berkawan dengan aku...

13) sukakan falsafah..terutamanya mengenai cinta dan kehidupan....

14) dalam hidup ni, aku x kaya dan tidak berkuasa tidak mengapa...asalkan aku banyak belajar dari hidup dan pengalaman...pengalaman adalah guru terbaik kehidupan....

15) aku sederhana dalam bab artis-artis atau hiburan ini...lebih meminati hasil seni barat..

16) aku menghargai kawan-kawan yg menghargai diri ini...tp itu bukan syarat aku dlm bersahabat...terpulang kpd mereka bagaimana anggapan mereka terhadap aku...aku berusaha menjadi kwn yg sehabis baik...

17) luahan hati mengenai FB-jgn jadikan FB medan peperangan..ada berani kita jmpe kat luar...

18) pandangan aku mengenai politik adalah sederhana...tiada satu pown yg meraih sokongan aku...

19) impian aku adalah menjadi penulis kreatif...insyallah....

20) bertuah kerana dilahirkan di bumi malaysia....kalo kat tempat lain x taw la..

21) hobi aku memancing...

22) jangan suruh aku buat menda yg bukan2...aku xsuka....

23) sayangkan tanah tumpah darah ku, pekan...akan ku curahkan bakti ku di sana suatu hari nanti....

24) hidup ini lebih indah kalau tiada hasad dengki dan persengketaan....

25) yg terakhir....biarlah aku bahagiakan keluargaku, saudara maraku dan sahabatku dahulu sebelum aku mencari kebahagiaan utk diri aku sendiri....jika diizinkan ALLAH, pasti aku akan menemui bahagia suatu hari nty...insyALLAH...


dah habis pown....kwn2 sekalian, baca la ye..jgn segan2....peace! :D

Sunday, December 5, 2010

berhujung minggu di kajang dan kawasan yg sewaktu dengannya =)

pada hari jumaat yg lepas, aku meninggalkan lembah pantai tercinta ini utk mencari angin baru...bukan apa, masak siot duk kolej...hari2 study mau tepu otak aku...so aku pown meroger kazen tercinta, abg feizal dgn hajat utk memancing bersama beliau...dye pown bersetuju lalu lepas keje, dye amik aku kat kolej...destinasi? kajang perdana, rumah pak teh aku..sampai2 je(kul 7.30, jammed mcm haram), aku dijamu dengan nasik dan segala mcm lauk kg HAHA! puas siot mkn, mak teh plak handal memasak..pas2 lepak jap..agenda mlm tersebut adalah sate kajang dan memancing...so pas isyak aku pown menuju ke dataran sate, utk belasah sate..bukan sate haji samuri ye...sate dye bg aku kurg umphh..ni lain pnye sate...kuah nya ada 2 jenis, satu guna kaca rebus satu lg guna kacang goreng..aku amik kuah guna kacang tanah rebus...kacang dye lg lembut n x lekat kat celah gigi..sate dye pown tip top...lepas melantak, aku pown menuju ke cheras utk pick up kwn kazen aku td utk sama2 memancing....lokasi pilihan? pusat memancing tangguk-tangguk, semenyih...semua sekali ada 5 org, lg 3 org adalah rakan sepejabat kazen ku...ini adalah pay pond, so kne bayar la..rm30 utk 4 jam...so pancingan pown bermula...pemancing ni x sah kalo x diselangi dgn kutuk mengutuk dan bahan membahan HAHA! aku senyap jek, hormat org tua hehehe...tp mungkin xda rezeki, pancingan mlm itu hanya menghasilkan 2 ekor belida,...hasil pancingan encik zam, bos kazen aku td..xpela...xda rezeki hehehe...pancingan ditamatkan pada pukul 2.30 pagi dan kami pown balik..

keesokkan harinya, aku dan abg feizal memancing lg sekali..kali ni lokasinya adalah dengkil...tp kali ni kami naik dgn pak teh sbb tempat memancing tuh hanyalah sebuah kolam terbiar dan ownernya pula adalah kawan pak teh aku...nak2 plak anak dye naj bertunang..so mmg mkn free dan mancing pown free HAHA! selepas mkn, pak teh aku dan rombongan tunang td bergerak ke rumah pihak pengantin perempuan utk meneruskan agenda..aku dgn abg feizal apa lg, bawak kuar batang pancing dan terus serang kolam tuh...minggu lepas kazen ku ni dapat ikan rohu, guna umpan perut ayam rebus..tp kali ni xda perut ayam, ada dedak dgn roti jek...xpela...layan jela kan hehehe...seperi juga smlm, pancingan hari ni xda apa2..ini aku panggil sebagai kumpau..istilah pemancing yg pulang dengan tangan kosong hehehe...so begitula cerita aku di hujung minggu ni..seronok!