Sunday, December 12, 2010

perkhidmatan awam di malaysia "perbalahan gred gaji"

melihat kepada tajuk di atas, memang acap kali kita dengar..terutamanya yg membabitkan mereka yg bergelar pendidik...ada aje kita dgr tentang gaji mereka yg dikatakan tidak setimpal dengan tugas mereka...tidak cukup dengan aduan melalui kesatuan perguruan, ditambah pula dengan aduan di dlm media bertulis...boleh katakan hari2 aku baca pasal menda ni...aku x nafikan ada guru yg betul2 komited dlm tugas mereka, tanpa mengahrapakan ganjaran walaupun mereka layak utk mendapatkannya..yg aku nak cakap kat sini adalah mengenai segelintir guru....ada mereka berpendapat, apabila sambung belajar maka hilang kekanan atau senioriti mereka....aku pown kurg arif mengenai hal ini...mungkin ada mereka2 yg arif utk menjawap soalan ini...

satu perkara yg menarik perhatian aku adalah mengenai gred gaji pensyarah IPTA...aku kira tidak ramai yg terdedah mengenai gred gaji pensyarah ini...yg mereka tahu adalah mengenai gred gaji guru...mana taknye, setiap kali aduan di tulis dlm akhbar, siap letak tangga gaji dgn gred lg...apa yg aku perhatikan sbg pelajar IPTA, pensyarah beban kerja mereka bole dikatakan lebih banyak berbanding guru sekolah yang paling 'sibuk'..mana x nye, nak mengajar lg, buat kertas soalan, jadi felo, buat research, tulis buku, smbung belajar...mana2 yg dilantik sebagai penasihat or konsultan di agensi kerajaan, lg la bertambah kerja nye...aku nak ajukan soalan di sini, adakah mereka WELL PAID? ramai yg assume bahawa gaji mereka sudah tentu mengalahkan gaji guru..tapi pada hakikatnye tidak...malah pada sesetengah gred, gred guru mengatasi gred pensyarah...sebagai contoh gaji guru yg bergred DG54 bagi tangga gaji P1T1 ialah RM 4423.60 manakala pada akhir gaji akhir gred ini iaitu P2T8 pula adalah RM 6381.20...guru pada gred ini adalah terdiri daripada pengetua cemerlang atau timbalan pengarah pelajaran negeri....

seterusnya mari kita lihat gaji pensyarah pada gred 54 atau dipanggil DS54(professor madya)...tangga gaji permulaan P1T1 bg gred DS54 adalah RM 4210.46 dan bgi tangga akhir gred ini, P2T10 ialah RM 6476.78..dapat diperhatikan gred DS54(pensyarah) hanya lebih sedikit sahaja berbanding dgn DG54(guru)...tetapi pensyarah pada tahap ini terlalu jarang diberikan jawatan pentadbiran...paling2 pown sebagai ketua pusat tanggungjawab(PTJ) atau dekan...tetapi guru pada gred yg sama berpeluang menjadi pengetua, atau pengarah JPN jika bernasib baik...anda bole bayangkan sendiri situasi ini bagaimana...perbandingan yg aku lakukan ini hanya utk gred tertinggi dlm perkhidmatan masing2 sebelum memasuki  gred JUSA(jawatan utama sektor awam)...dengan bebanan kerja pensyarah yg tentunya lebih tinggi, berbaloi ke ganjaran utk mereka dengan gred gaji seperi ini...

ditambah pula dengan ura-ura kerajaan utk memanggil professional malaysia di luar negara pulang, aku x fikir mereka mahu dengan gred gaji yg sebegini...NOT  A CHANCE!

1 comment: