Monday, November 29, 2010

relationship destroy friendship VS friendship destroy relationship??

tajuk di atas seperti selalu kita dgr...tapi kita x pernah nak amik pusing...sbb apa? sbb kita belum pernah or tidak pernah menjadi watak dlm situasi di atas....aku mendapat ilham utk menulis ni dari adik angkat aku(perempuan), yg kebetulan mengalami masalah ini...lg pown aku mmg dah lama nak tulis sal ni...baru skang dpat idea...adik angkat aku ni khuatir yg percintaan rakan karib nya akan merenggangkan persahabatan dye dan sahabatnya itu...aku sebagai abang yg prihatin(prihatin la sgt kan) berusaha utk menenangkan dye...tetapi aku x nafikan, menda ni mmg btol2 berlaku...2 org insan yg dahulunya bersahabat baik kini renggang..sbb salah seorang darinya bercinta, sekaligus menyebabkan masa bersama tidak lg sekerap dahulu...yela dah ada buah hati...kene jaga hati pasangan...kang kecik hati, sampai ke sudah nak memujuk...tapi bagaimana pula dgn rakan karib td? yg sentiasa bersama2 x kira di mana sahaja...tidakkah hatinya juga perlu dijaga...tepuk dada tanya selera....xkan lah semata-mata bercinta, kawan yg dahulunya melalui susah senang bersama di abaikan...tidakkah kejam itu? aku mintak maaf kalo ada dalam kalangan korg yg terasa dgn tulisan aku ni...tp aku rase byk org dah tulis sal menda ni dan aku pown merasakan wajib bg aku menulis sal ni...ya, aku x nafikan...semua org pown bahagia kalo bercinta...tetapi sebelum bercinta, mst ada sekumpulan rakan or kawan yg benar2 rapat dgn kita...xkan apabila bercinta, terus persahabatan itu menjadi renggang...itu belum termasuk lg kes terpaksa menjaga hati pasangan...yg banyak sgt cekadak dan syaratnya, xbole berkawan dgn certain2 org or whatsoever....kalo aku, aku tampar je...belum kahwin tp dah letak mcm2 syarat...xpe..lupakan sal tuh.....

sekurang2nya, spend lah sedikit masa dgn kwn2 yg sentiasa ada bersama-sama kita...kwn2 pown pastinya akan mendoakan kebahagiaan kita..lalu, apa salahnya kalo kita anggap dorg sebagai org yg penting dlm hidup kita..x luak pown cinta tuh...pandai2 la bahagikan masa antara kekasih dan sahabat..jgn sampai ada masalah besar baru nak cari kwn...kalo aku yg jd kawan tuh, aku maki dulu!

sekarang, friendship destroy relationship...menda ni pown selalu gak terjadi....tp ni lain plak...ini lah kes yg kita panggil lebih sudu dari kuah..kwn2 plak yg memandai dlm percintaan sahabat dorg.....selalunya akan terjadi apabila ada rakan yg menghasut supaya percintaan diputuskan atas sekian alasan...yg paling femes, 'dye x sswai dgn kau, dulu jahat gler', 'dye mana sepadan dgn kau, kau lawa, dye mcm badak air', 'dye tuh suka melayan lelaki, kalo kau buat dye marah, mst dye layan lelaki lain;...ha itu antara alasan yg best digunakan oleh makhluk2 ni utk menjahanamkan kebahagiaan org lain...mmg golongan spt ini tidak bole melihat org lain senang atau bahagia..ada je idea dye nak pedajalkan org...mereka merasakan bahawa mereka yg perlu diutamakan...sedarlah wahai manuisa, kwn kau tuh nak jugak rase bahagia...sampai ble nak ikot telunjuk kau....

so kepada kwn2 ku semua, jglah jd sperti di atas...bertimbang rasalah..baik ketika berkawan mahupun bercinta...kalo kita sedar diri dan saling hormat menghormati, nescaya percintaan bahagia dan persahabatan pown aman....

Sunday, November 28, 2010

bercinta, mencintai dan dicintai....

ya, tajuk di atas seperti tidak kena dgn aku yg rockers dan macho ni...tp setiap org mst mempunyai perasaan spt itu...aku hanya manusia biasa HAHAHA :D...yup, aku x nafikan....aku pernah bercinta...dan percintaan itu bukannya sekejap...3 tahun....tetapi kecundang di tgh jalan...mungkin aku yg silap, mungkin dye...tetapi aku redha...sudah ditetapkan bahawa cinta itu hayatnya tidak panjang...aku bersyukur...aku pernah dikurniakan rasa cinta...aku bahagia ketika bercinta...tetapi apabila takdir memainkan peranan, aku terlalu kecil utk menghalangnya...tetapi utk menyambung kembali cinta itu, aku rase itu tidak mungkin...biarlah cinta itu menjadi suatu kenangan yg manis dlm hidup aku...kalaupun ia terjalin kembali, manisnya tidak akan sama seperti dahulu..alhamdulilah, perpisahan yg aku lalui adalah perpisahan yg aman, tiada sengketa, tiada bermasam muka...bahkan aku bersyukur...ada perpisahan seburuk2 perpisahan...2 jiwa yg dahulunya satu kini menjadi musuh...2 hati yg dahulunya ingin sehidup semati, kini saling memaki-maki...aku dan dye masih lagi mengekalkan hubungan sbg sahabat, seperti mana sebelum bercinta...ya, aku sedih dgn perpisahan ini...tetapi sampai ble harus aku bawa kesedihan itu...aku punya hidup dan cita-cita yg ingin diteruskan...ramai rakan2 yg menyuruh aku mencari pengganti...tapi aku belum bersedia...rasanya lebih baik aku bersendirian....masanya pasti akan tiba utk aku kembali bercinta, tetapi bukan sekarang...malah aku bahagia melihat kawan2 aku bahagia bersama pasangan masing2..kadang-kala cemburu tapi utk apa perlu dicemburukan kebahagiaan org lain.....aku berdoa agar mereka terus bahagia selama-lamanya...kerana cinta bg aku adalah sesuatu yg diperjuangkan..sesuatu yg akan sampai ble2 pown membezakan manusia yg jahat dan baik...hargailah cinta..kadang-kadang cinta akan dilalui berkali-kali dlm hidup...tetapi cinta yg suci hanya akan dtg sekali sahaja...pastikan cinta itu digenggam dan disimpan tanpa terlepas...cinta sejati tidak akan selalu berakhir dgn lafaz suci yg menyatukan 2 hati...kadang2 ia pergi meninggalkan kita...panjatkan rasa bersyukur walaupun setelah cinta itu pergi..kerana dgn cinta sejati itu, kita memahami erti bercinta, mencintai dan dicintai......

Friday, November 26, 2010

exam ohh exam :D

apa kabar semua!! harini hari jumaat, dah 3 hari aku kembali ke lembah pantai untuk menduduki exam...apa ke hal nye? org lain dah abes exam aku baru nak stat exam HAHAHA! apa bole buat...paper aku telah dimulakan pada pagi td, dengan kesusasteraan augustan...boleh la..xda la senang sgt xda la susah sgt...bole jwap dgn baik...1st time amik exam kat DTC, menggigil aku dlm tuh HAHA! paper aku sume stat pukul 8.30, jammed! insyallah aku akan abes exam pada 9 hb 12....ttd pas exam lepak dgn marwan and khalid kat kolej 9, mkan kat c2...bole than sedap....so ini jelah coretan aku kali ni...nak stdy plak..next week ada 2 paper...bye2!

Thursday, November 18, 2010

raya korban di Pekan :D

alhamdulilah, semalam bersamaan 10 zulhijjah 1431 hijrah, umat islam selamat meraikan aidiladha....aku juga tidak terkecuali di kg halaman tercinta HAHA! selepas semayang sunat raya, aku lepak mkn kat rumah jap,....lapar....kg aku menerima sumbangan 2 ekor lembu utk dikorbankan....lembu itu dibiarkan lepak di kawasan rumah ketua kampung sehari sebelum raya HAHA! dgr kabarnya nak dapat unta tapi sampai kesudah x nampak bonggolnya HAHAHA! dan aku pown pg lah ke rumah ketua kg utk menyaksikan korban dan melapah lembu tuh....kat bawah ni aku letak sedikit gambar lembu2 tersebut hehehe..
ngeri x? HAHA
sebelum :D
ketika :D

selepas :D

Friday, November 12, 2010

liverpool dan jalan lama kuantan-KL? ada kaitan ke? HAHA!

HAHA mengenai tajuk di atas, ya aku adalah peyokong liverpool...a proud supporter of the best football club in england....bukan MU bkn chelsea  HAHA! aku akui, semenjak akhir musim lepas dan awal musim ni, prestasi liverpool bukanlah pada tahap yg membanggakan...pemergian 2 org midfielder iaitu xabi alonso dan javier mascherano dikatakan menjadi punca utama....akhir musim lalu juga menyaksikan pemergian coach rafa benitez ke inter milan...terima kasih rafa..jasa anda tetap besar kepada the kop...trofi champions league yg kelima dan juga piala FA pd tahun 2006...beliau kini digantikan oleh bekas manager fulham iaitu roy hodgson atau lebih glamer dgn panggilan atok roy...beberapa pemain baru juga masuk ke liverpool..antaranya joe cole, raul meireles, milan jovanovich dan christian poulsen..kesemua mereka adalah midfield...nampak kesungguhan liverpool utk mengisi kekosongan yg ditinggalkan oleh alonso dan mascherano...apa pown, prestasi liverpool telah meningkat kebelakangan ini dgn yg terbaru, kemenangan 2-0 ke atas pendahulu liga, chelsea...goal dijaringkan oleh EL NINO fernando torres....jalan lama kuantan-kl? apa kaitan ye? HAHA! sebenarnye aku saje je letak..act ari selasa lepas aku telah ke jengka utk mengambil adik aku kat UITM...so aku  pown pg la dgn abah aku...kami lalu jln lama...sepanjang perjalanan, aku perhatikan jalan ini xda perubahan pown, sama sahaja ketika aku kali terkahir melaluinya, 7 tahun lepas..maybe sebab adanya LPT maka jalan ini semakin dilupakan..entahlah...dulu utk ke KL mengambil masa hampir 5 jam...kini dgn adanya LPT, utk ke KL hanya ambil masa 2 jam setengah jek...hmm...dunia semakin maju....itu sahajalah coretan aku kali ni..ngantuk le..nak tdow...zzzZZZZZZZzzzzz....

Friday, November 5, 2010

aku, pekan, pilihanraya??HAHA

semalam adalah tarikh bagi pilihanraya kecil bagi kawasan galas di kelantan dan batu sapi di sandakan sabah...keputusannya, BN menang di kedua-dua kawasan...tahniah diucapkan....aku pown tidak berminat nak ckap byk tp kali ni, aku nak ulas ckit pasal pilihanraya ni....nilai lah tulisan aku ni dgn akal, bkn dgn perasaan k...ok bg aku apabila pilihanraya kecil, tumpuan hanya diberikan di kawasan pilihanraya, tidak seperti pilihanraya umum...sebagai contoh di kelantan, dahulu pernah berlaku PRK di kawasan permatang pasir(sila betolkan kalo aku salah),BN menang...tetapi apabila pilihanraya umum, PAS menang...apa yg aku nak katakan di sini, apabila PRK, BN mampu mengerahkan kesemua jentera dan sumbernya ke kawasan pilihanraya....bak kata eksterimist pembangkang 'tabur duit'....tetapi apabila tiba PRU, nescaya BN akan kalah di kawasan itu...malah mereka yg neutral pown akan mengatakan bahawa apabila pilihanraya berlaku, BN akan memonopoli segala2nya...siaran TV, liputan akhbar dan sebagainya...hampir tiada ruang bg pembangkang untuk muncul di dalam media arus perdana....aku bukanlah penyokong pembangkang, bukan juga penyokong kerajaan...tetapi bg ku, tidak salah sekiranya kempen pilihanraya disiarkan secara adil di dalam media arus perdana...dan rakyat akan dapat menilai siapa yg paling layak menjadi wakil mereka....satu lg contoh terbaik fenomena ini, pilihanraya kecil ijok di kawassan selangor...tan sri khalid ibrahim kalah tetapi apabila tiba PRU, beliau menang, dgn majoriti yg lebih besar lg....begitu juga di sabah, mmg sabah adalah kawasan stronghold BN...pembangkang mmg susah cari mkn kat sana....sbb itu tidak ramai pemimpin BN ke sana, kemenangan sudah pasti dlm tgn..apa yg penting, rampas galas...di batu sapi, faktor calon memang memainkan peranan...dan BN bertindak bijak dgn meletakkan balu mendiang datuk edmund, datin linda tsen..beberapa penganalisa politik mengatakan bahawa faktor undi simpati akan memainkan peranan di sini...dan ramalan mereka benar, datin linda menang dgn majoriti lebih baik berbanding mendiang suaminya...tetapi beliau ada satu kelemahan...beliau tidak boleh berbahasa melayu....beliau berasal dari filipina...bagaimana beliau hendak ke parlimen? parlimen adalah suatu institusi yg ekstrem berbahasa melayu...adakah beliau akan berdiam diri sahaja? aku pown xtaw nak ckap sal ni...pada pendapat aku, tidak mustahil BN akan tumbang di PRU akan dtg kalo budaya skang masih lg diteruskan...pembangkang adalah check and balance kerajaan tetapi pembangkang yang baik akan tetap menyokong usaha kerajaan yg baik...bukan membangkang membabi buta...peace...dari aku yg serba kurg dlm segala segi....aku bukan pembangkang mahupun penyokong kerajaan....hanya pemerhati aje...mengundi pown blom bole daa!! HAHAHA

Monday, November 1, 2010

aku di kampung..........

harini menandakan hari ketiga aku di kampung halaman, pekan pahang.....seperi biase, rasa bahagia and hepi dpat balik kg tu x hilang lg HAHAHA....aku dah berjalan ke sana ke mari....tp sayang...tiada sorang pown kwn2 aku yg balik time aku ada kat kg ni...nak wat camne...cuti x sama kan...ingat sekolah ke hapa HAHAHA...x sampai seminggu tinggalkan lembah pantai, dah mcm2 hal berlaku...yg terbaru, YDP MPMUM saudara khairul anuar difitnah di dalam malaysiakini...dari apa yg aku paham, satu artikel yg didakwa sebagai tulisan khairul anwar telah disiarkan di dlm website popular itu..artikel itu memaparkan bagaimana khairul anwar dan pimpinan MPMUM menyokong saranan PM utk menjadikan malaysia sebagai hub hiburan...artikel itu terbukti bukan tulisan beliau dan laporan polis telah pown dibuat...entahlah...aku malas nak ckap pape...politik kampus ni x kemana.....biarlah mereka yg arif berpolitik...terus terang, aku tidak arif di dalam politik...esok hari selasa...aku merancang utk melawat kantin tempat aku bekerja dahulu....lepak2 kat c2, mengembalikan kenangan aku ketika bekerja di situ...sungguh, walaupun gajiku tidak seberapa, aku gembira bkerja di situ,,,hatiku aman dan tenteram..mungkin aku dikelilingi dgn org-org yg sama dgn aku, sentiasa ceria....lagipun kantin itu terletak di sekolah lama ku, dan masih ada lagi cikgu2 yg ku kenal mengajar di situ...sudah pasti aku akan berborak dengan mereka...erm itu sahajalah entri ku utk kali ni..xlarat dah..mata aku dah rabak HAHA...pkul 1.05 pagi, Pekan....